Cari:
Najib: Tahun Baharu Cina Perlihatkan Semangat "Satu Malaysia"
2015-02-23 14:14:31 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan baru-baru ini, Tahun Baharu Cina merupakan hari kebesaran yang terpenting bagi orang Cina di seluruh dunia. Hari kebesaran tersebut memperlihatkan semangat "Satu Malaysia". Masyarakat Malaysia amat unik dengan kemajmukan budaya, etnik dan agama.

Menurut beliau, kerajaan akan terus menyatukan rakyat dengan semangat "Satu Malaysia". Malaysia menghadapi pelbagai cabaran pada tahun lalu. Tahun Baharu Cina menandakan bertolaknya titik baharu. Tahun Baharu Cina merupakan hari kebesaran bagi orang Cina untuk berkumpul dengan keluarga dan sahabat. Rakyat pelbagai bangsa yang lain akan datang menziarahi dan mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada jiran dan sahabat Cina.

Pengerusi Persatuan Cina Malaysia (MCA), Dato Seri Liow Tiong Lai berkata, bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, beliau berharap agar golongan orang Cina mencapai kecemerlangan dalam bidang ekonomi, bersatu padu dalam bidang politik dan mencapai kemajuan yang lebih besar dalam pendidikan bahasa Mandarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China