Cari:
Rakyat Indonesia Sokong Laksanakan Hukuman Mati kepada Penyeludup Dadah
2015-02-24 16:10:41 CRI Cetak

Pihak berkuasa Indonesia menghadapi tekanan daripada negara asing kerana mempertahankan hukuman mati terhadap penyeludup dadah warga asing. Namun, pendirian kerajaan mendapat sokongan daripada rakyat.

Setelah enam orang penyeludup dadah dikenakan hukuman mati pada bulan lalu, Brazil dan Belanda segera memanggil balik duta besar mereka di Jakarta untuk menunjukkan bantahan terhadap perkara tersebut. Presiden Brazil, Dilma Rousseff, tiba-tiba menangguh upacara penyerahan surat tauliah duta besar baharu Indonesia ke Brazil. Seterusnya, Indonesia segera memanggil balik duta besar baharu ke Brazil untuk menunjukkan bantahan. Bagaimanapun, langkah kerajaan Indonesia tersebut mendapat sokongan dalam kalangan ahli politik dalam negeri.

Mereka mengutuk tindakan kerajaan Brazil yang menjejaskan hubungan kedua-dua negara dan menyeru Brazil dan Australia menghormati undang-undang dan kedaulatan Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China