Cari:
"China Akan Berperang dengan Asia" Dibantah
2015-02-28 15:45:18 CRI Cetak

Sarjana dari Institut Pengajian China Komtemporari Brussels, Jonathan Holslag, mengadakan perdebatan mengenai buku beliau "China akan Berperang dengan Asia" petang semalam. Duta Besar China ke Belgium, Qu Xing, menyertai aktiviti tersebut dan membantah pandangan utama yang terkandung dalam buku tersebut.

Menurut Qu, kertas putih Pembangunan China Secara Damai telah menetapkan enam kepentingan asas China, iaitu kedaulatan dan keselamatan negara, keutuhan wilayah, penyatuan negara, kestabilan sistem politik dan masyarakat yang ditetapkan dalam perlembagaan serta pembangunan sosioekonomi secara berterusan. Kepentingan asas tidak seharusnya bertentangan dengan pembangunan secara damai.

Ketika menyentuh pandangan China akan berperang dengan negara jiran akibat masalah wilayah, Qu berkata, China telah menyelesaikan masalah sempadan dengan 12 negara jiran melalui rundingan sejak tahun 1949. Pandangan penulis yang terkandung dalam buku tersebut bercanggah dengan hakikat.

Lihat juga
berita lain
v Merkel Ditemui Yang Jiechi 2015-02-08 15:43:21
v China Pertahankan Kesamarataan 2015-01-23 15:54:24
v Latihan Bantuan Bencana China-AS 2015-01-11 16:34:09
v Pembolos DPRK Maut 2015-01-08 12:44:16
v Polis Angola Bebaskan 18 Lagi Warga China 2014-12-23 15:46:19
v China, AS Perkasakan Kerjasama Perdagangan 2014-12-13 15:24:00
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China