Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang, menyertai perbincangan panel dengan perwakilan dari provinsi Gansu semalam.
Zhang mahu kerajaan tempatan meningkatkan usaha untuk menjamin dan membaiki kesejahteraan rakyat, di samping menangani dengan baik hubungan antara pembaharuan dan pembangunan dengan penambahbaikan kesejahteraan rakyat agar hasil pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat. Selain itu, sistem pencen dan bantuan sosial perlu dilengkapkan untuk menjamin kehidupan rakyat.