Cari:
Persidangan NPC, CPPCC Jadi Tumpuan Media Singapura
2015-03-12 12:37:12 CRI Cetak

Media massa Singapura menumpukan perhatian kepada persidangan tahunan NPC dan CPPCC yang sedang berlangsung di China pada masa ini. Akhbar Lianhe Zaobao menyediakan rancangan khas berkaitan kedua-dua persidangan tersebut. Selain pertumbuhan ekonomi, belanjawan ketenteraan dan usaha antirasuah, akhbar tersebut turut memfokuskan isu inovasi dan pelanjutan umur pencen.

Perdana Menteri, Li Keqiang, dalam laporan kerja kerajaan menekankan, tindakan proaktif perlu dilakukan bagi menyokong syarikat kecil, sederhana dan mikro. Beliau turut mengumumkan langkah-langkah konkrit termasuk mengurangkan kutipan cukai sebagai menyokong syarikat kecil dan mikro dalam menjalankan urus niaga dan meningkatkan inovasi. China yang sebelum ini menjadi "kilang dunia" perlu mentransformasikan ekonominya kepada "ciptaan China" daripada "buatan China".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China