Sarjana dan usahawan dari China dan negara-negara ASEAN menumpukan perhatian kepada pelaksanaan dasar pintu terbuka pusingan baharu dan pembinaan sistem ekonomi baharu yang bersifat terbuka di China. Mereka menganggap langkah China tersebut akan memberi manfaat kepada seluruh dunia.
Profesor madya dari Universiti Kebangsaan Singapura, Wang Jiangyu berkata, inisiatif China untuk memperkasakan kesalinghubungan dan mendorong pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pusingan baharu adalah tindakan yang bijaksana. Langkah tersebut memerlukan sokongan dana dan tenaga profesional.
Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Dr Oh Ei Sun berkata, banyak negara termasuk negara-negara di Asia Tenggara menaruh harapan yang tinggi kepada pembangunan yang stabil dan berterusan di China. Mereka berhasrat lebih banyak menyertai pelaksanaan dasar pintu terbuka pusingan baharu di negara ini.