Cari:
Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh
2015-05-20 15:03:22 CRI Cetak

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.6% pada suku pertama tahun ini, dengan sektor swasta terus menjadi penggerak utama pertumbuhan. Angka itu adalah lebih tinggi daripada unjuran awal.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, jumlah penggunaan swasta dan pelaburan swasta masing-masing meningkat 8.8% dan 11.7%. Pertumbuhan penggunaan swasta yang kukuh disokong oleh keadaan pasaran pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan upah, serta projek pembinaan semula pasca bencana banjir.

Kadar inflasi di Malaysia mencatat 0.7% pada suku pertama tahun ini, jauh lebih rendah berbanding 2.8% pada akhir tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China