Cari:
Malaysia Terbit Sukuk USD1.5 Bilion
2015-05-20 14:00:26 CRI Cetak

Malaysia menerbitkan sukuk global berjumlah USD 1.5 bilion untuk memperkukuh kedudukannya sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Demikian kata Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam.

Terbitan tersebut terdiri daripada sijil amanah (Sukuk) bertempoh matang 10 tahun sebanyak USD 1 bilion dan sijil amanah penanda aras bertempoh matang 30 tahun sebanyak USD 500 juta.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penerbitan sukuk tersebut membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kedudukan kredit Malaysia. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran seperti penurunan harga komoditi global dan susutnya nilai ringgit, tetapi ekonomi Malaysia tetap mengekalkan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China