Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika menyampaikan ucapan di Tokyo semalam berkata, pihaknya akan bersama-sama Bank Pembangunan Asia (ADB) menyediakan USD 110 bilion (kira-kira RM394 bilion) bagi pembangunan infrastruktur di Asia.
Jumlah tersebut meningkat kira-kira 30% berbanding tempoh lima tahun yang lalu. Menurutnya, ekonomi di Asia yang bertumbuh pesat menjadikan jumlah permintaan dana bagi infrastruktur termasuk landasan kereta api dan lebuh raya mencatat kira-kira USD 830 bilion (kira-kira RM2,975 bilion) setiap tahun.