Cari:
Rundingan Iklim PBB Pusingan Kedua 2015
2015-06-02 15:45:27 CRI Cetak

Rundingan iklim PBB pusingan kedua 2015 dirasmikan di Bonn, Jerman semalam. Pelbagai pihak mengadakan perbincangan tentang perjanjian baharu yang bakal dicapai pada akhir tahun ini dan keintensifan tindakan bagi menghadapi perubahan iklim menjelang tahun 2020.

Menurut perancangan, perjanjian baharu yang berasaskan dokumen yang dicapai dalam rundingan kali ini akan diluluskan dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB yang bakal diadakan di Paris, Perancis pada Disember nanti dan berkuat kuasa pada tahun 2020.

Perjanjian tersebut akan menjadi asas kepada pelbagai pihak untuk mengawal jumlah pelepasan gas rumah hijau dan menghadapi perubahan iklim.

Menteri Luar Perancis yang juga bakal Pengerusi Persidangan Perubahan Iklim PBB di Paris nanti, Laurent Fabius berkata, pihaknya berharap agar perjanjian peringkat awal dapat dicapai menjelang bulan Oktober tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China