Cari:
Beijing Mampu Jayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk
2015-07-28 13:32:31 CRI Cetak

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan mengadakan pengundian di Kuala Lumpur, Malaysia pada 31 Julai ini untuk memilih bandar penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Dua calon, Beijing bersama-sama Zhangjiakou dari China akan bertanding dengan Alma-Ata dari Kazakhstan dalam kempen kali ini.

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 yang diadakan di Sochi, Rusia amat berjaya. Naib Menteri Sukan Rusia, Uri Nagornykh ketika diwawancara baru-baru ini berkata, Beijing merupakan metropolitan yang berkembang paling pesat di dunia. Bandar yang mempunyai tradisi sukan yang lama ini, kerap kali menganjur pelbagai temasya sukan yang besar. Kelebihan tersebut membolehkan Beijing mampu menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China