Cari:
Jokowi Adakan Lawatan ke AS
2015-09-22 14:55:55 CRI Cetak

Rumah Putih semalam mengumumkan, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan melawat ke AS dan menemui rakan sejawatnya, Barack Obama pada 26 Oktober nanti. AS berharap agar lawatan Jokowi kali ini akan mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.

Ini merupakan kali pertama Jokowi melawat ke AS sejak beliau menyandang jawatan Presiden Indonesia. Kedua-dua pemimpin akan mengadakan perbincangan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan, perdagangan, pelaburan, perubahan iklim dan sumber tenaga.

Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata, Indonesia memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal ASEAN, isu Laut China Selatan dan perubahan iklim.

Pihaknya berhasrat untuk mengintensifkan kerjasama bilateral antara kedua-dua negara sempena lawatan Jokowi nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China