Cari:
Perdagangan China-AS Dijangka Meningkat Sekali Ganda
2015-09-23 15:04:18 CRI Cetak

USA Today Amerika Syarikat (AS) menyiarkan rencana Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng yang bertajuk "Perkembangan Perdagangan China-AS memberikan faedah kepada kedua-dua pihak" pada 21 September yang lalu.

Menurut rencana tersebut, China dan AS telah menjalinkan hubungan diplomatik selama 36 tahun. Jumlah perdagangan komoditi bilateral antara kedua-dua negara telah mencatat USD 555.1 bilion (RM2.41 trilion).

Lawatan Presiden, Xi Jinping ke AS kali ini sekali lagi menunjukkan bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara adalah saling menguntungkan.

Tambah beliau lagi, jumlah perdagangan dan pelaburan bilateral kedua-dua negara dijangka meningkat sekali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang. Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan AS mempunyai masa depan yang cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China