Cari:
Mesyuarat APEC Diharap Berjaya
2015-11-11 14:22:14 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ketika diwawancara selepas mengakhiri lawatan kerja ke Filipina berkata, lawatan beliau ini bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat dengan Filipina dan membuat persiapan sempena kedatangan Presiden Xi Jinping ke Manila untuk menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23.

Filipina merupakan negara Asia yang sedang membangun dan berjiran dengan China. China berharap agar mesyuarat tersebut dapat diadakan dengan jayanya. Hal ini akan membantu meningkatkan kerjasama dan perpaduan antara negara-negara membangun.

China bersedia memberi sokongan yang diperlukan kepada Filipina bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China