Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan seperti yang dijadualkan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang menghadiri sidang kemuncak tidak rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Beijing hari ini.
Xi berkata, China dan Jepun merupakan negara jiran. Hubungan antara kedua-dua negara yang berkembang secara stabil dan sihat sesuai dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua pihak serta menjadi harapan masyarakat antarabangsa. Pihak berkuasa China sentiasa memberikan perhatian yang tinggi tentang hubungan dengan Jepun. China berpendapat hubungan tersebut patut diperkembangkan berasaskan empat dokumen politik yang berkenaan dan fakta sejarah.
Abe pula berkata, pembangunan China secara damai merupakan peluang yang penting bagi Jepun malah seluruh dunia. Pihaknya bersedia melaksanakan empat kata sepakat yang tercapai, menangani secara baik masalah-masalah yang berkenaan agar mendorong hubungan strategik Jepun-China yang saling menguntungkan.