Cari:
China, Pembela Kedamaian dan Kestabilan Dunia
2015-11-11 15:12:12 CRI Cetak

China merupakan pembela, pembina dan penyumbang sistem dan order antarabangsa yang sedia ada.

Di samping itu, China teguh mempertahankan kedamaian, kestabilan, kesamarataan dan keadilan di rantau Asia Pasifik dan dunia.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam, sebagai membalas kenyataan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter.

Menurut beliau, order antarabangsa sedia ada yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dibentuk oleh masyarakat antarabangsa berasaskan Piagam PBB. Saling menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah, melayan satu sama lain secara sama rata serta tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain merupakan prinsip asas yang diiktiraf sejagat.

Kepulauan Nanshan merupakan wilayah China sejak zaman dahulu. China berhak untuk menjalankan projek pembinaan di wilayah sendiri.

Tindakan ini tidak akan menjejaskan kepentingan mana-mana negara lain serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di kawasan perairan tersebut.

China bersedia untuk bersama-sama dengan negara-negara ASEAN untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di perairan berkenaan.

Tambah beliau lagi, walaupun China telah mengemukakan bantahan sekeras-kerasnya, namun AS tetap menghantar kapal perang memasuki kawasan perairan Kepulauan Nansha. Tindakan tersebut telah menjejaskan kedaulatan dan keselamatan China dan menjadikan situasi lebih tegang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China