Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda pantai selatan Jepun pada pukul 5.51 pagi tadi.
Gempa bumi itu berpusat kira-kira 190 kilometer di barat daya bandar Kagoshima, selatan Kyushu pada kedalaman 10 kilometer di bawah dasar laut.
Agensi Meteorologi telah mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa itu.
Setakat ini, belum ada laporan tentang kemalangan jiwa dan kerugian harta. Menurut NHK, Loji Janakuasa Nuklear Kyushu beroperasi normal dan tidak terjejas akibat bencana tersebut.