Cari:
AS Hendak Maksimumkan Kerjasama dengan China
2015-11-14 16:03:51 CRI Cetak

Pengarah kanan Majlis Keselamatan Negara (NSC) AS yang bertanggungjawab atas hal ehwal Asia, Daniel Kritenbrink semalam berkata, tiada rancangan pertemuan rasmi antara Presiden Barack Obama dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping dalam tempoh Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-10 dan Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23. Ini kerana Presiden Xi baru sahaja melawat ke AS dan mengadakan rundingan dengan Obama pada akhir September lalu. Bagaimanapun, kedua-dua pihak akan mengekalkan interaksi yang positif dalam tempoh mesyuarat tersebut.

Menurut Kritenbrink, AS komited untuk memaksimumkan kerjasama dengan China bagi menangani pelbagai cabaran sejagat, di samping berusaha merungkai percanggahan antara kedua-dua negara. Dengan berlangsungnya sidang kemuncak G20 dan APEC, AS akan mengadakan kerjasama yang lebih rapat dengan China dalam banyak isu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China