Cari:
Situasi Kawasan Sempadan Lubnan-Israel Semakin Tegang
2015-12-21 14:19:38 CRI Cetak

Pemimpin Hezbollah, Samir Kantar maut akibat serangan udara tentera Israel di timur Damsyik pada malam 19 Disember lalu.

Menurut pegawai Lubnan, sekurang-kurangnya tiga peluru roket dilancarkan dari selatan Lubnan ke utara Israel pada malam itu.

Pasukan tentera Israel kemudian melancarkan lapan bedilan meriam ke arah selatan Lubnan.

Walau bagaimanapun, serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian.

Komander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan, Mejar Jeneral Luciano Portolano menggesa kedua-dua pihak agar bertenang bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk.

Beliau berkata, tindakan tersebut bertentangan dengan Resolusi No.1701 Majlis Keselamatan PBB.

Penjenayah perlu dipastikan dan dijatuhi hukuman berdasarkan undang-undang tersebut.

Pasukan tentera PBB telah menambah bilangan tentera dan meningkatkan rondaan di kawasan sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China