Mantan Presiden Timor Leste, Jose Alexandre Xanana Gusmao menyatakan bahawa Kapal 152 angkatan tentera laut China mengadakan pelayaran global dan melakukan kunjungan hormat ke negaranya adalah untuk mempamerkan keamanan dan persahabatan.
Kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara tersebut akan memelihara kedamaian serantau dan dunia.
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan terhadap kapal tersebut semalam.
Beliau berharap agar pasukan tentera kedua-dua negara dapat menjalinkan kerjasama.
Tambah beliau lagi, pasukan tentera pelbagai negara perlu mengintensifkan kerjasama dan memberikan lebih banyak sumbangan dalam misi bantuan kemanusiaan serta meningkatkan persefahaman dan persahabatan dalam kalangan rakyat.