Forum Asia Boao (BFA) 2016 yang bertemakan "Masa Depan Baharu Asia: Kedinamikan Baharu, Wawasan Baharu", akan diadakan pada 22 hingga 25 Mac ini.
Sebanyak 83 sesi dialog akan diadakan sempena forum tersebut, termasuk 12 siri dialog usahawan yang melibatkan bidang ekonomi makro, keusahawanan dan inovasi serta "Internet+".
Kadar pengangguran yang tinggi, kedudukan kewangan yang lemah dan kapasiti pengeluaran yang berlebihan menjadi masalah bagi banyak negara pada beberapa tahun kebelakangan ini, ekoran krisis kewangan antarabangsa.
Masalah-masalah tersebut menjejaskan penggunaan dan pelaburan, dan turut memberi impak kepada perdagangan global.
Cara untuk menyuntik semangat dan meneroka peluang pertumbuhan baharu akan menjadi tumpuan dalam forum ini.