Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menggesa negara-negara terlibat memanfaatkan semua alat dasar, termasuk monetari, fiskal dan pembaharuan struktur untuk menangani risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi.
Beliau dalam satu sidang media semalam menyifatkan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) yang diadakan di Shanghai, China pada 26 hingga 27 Februari ini amat berhasil.
Kesemua anggota G20 sudah menyedari pentingnya pelbagai alat dasar dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencegah risiko dan menjana pertumbuhan.
Beliau berkata, G20 perlu mengadakan pembaharuan yang lebih berani, holistik dan pantas untuk menghadapi pelbagai cabaran, memandangkan risiko kemerosotan dan ketidakpastian ekonomi global semakin meningkat pada ketika ini.