Petagon semalam mengumumkan bahawa pihaknya telah memberkas seorang pakar senjata kimia yang penting daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada bulan Februari lalu.
Menurut maklumat daripada pakar tersebut, Amerika Syarikat (AS) telah mengebom kemudahan pengeluaran senjata kimia IS.
Jurucakap Pentagon berkata, pakar tersebut yang bernama Abu Dawud telah ditahan oleh tentera AS di Iraq.
Menurut beliau, walaupun pasukan tentera telah mengebom kemudahan pengeluaran senjata kimia, namun masih belum berjaya memusnahkan secara keseluruhan kemudahan berkenaan.
Pihaknya akan terus mengebom kemudahan tersebut habis-habisan.