Cari:
China Siap untuk Sidang G20 di Hangzhou
2016-04-22 15:35:13 CRI Cetak

Naib Menteri Luar merangkap Penyelaras China tentang Hal Ehwal Kumpulan 20 (G20), Li Baodong menghadiri perbincangan peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB untuk mencapai matlamat pembangunan secara berterusan yang diadakan di New York pada 19 hingga 21 April ini. Selain itu, beliau juga telah mengadakan dialog dengan perwakilan Kumpulan 77 (G77) berhubung persiapan Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou nanti.

Li berkata, sebagai negara pengerusi G20, China berusaha meningkatkan peranan G20 bagi memperkasakan pembangunan dan kerjasama antarabangsa serta menjayakan pelan pembangunan secara berterusan menjelang 2030.

China berharap dengan mengambil peluang Sidang Kemuncak di Hangzhou nanti, berusaha bersama-sama dengan pelbagai negara untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China