Cari:
China Diundang Sertai RIMPAC 2016
2016-06-15 15:03:54 CRI Cetak

Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis semalam berkata, Latihan Ketenteraan Lingkaran Pasifik 2016 (RIMPAC) akan dimulakan pada 30 Jun ini.

Sebanyak 25 ribu askar, 45 kapal perang, 5 kapal selam dan lebih 200 pesawat dari 27 negara bakal menyertai latihan kali ini.

China telah diundang buat kali kedua untuk menyertai latihan tersebut.

Menurut beliau, latihan tentera kali ini menyediakan peluang kepada pelbagai pihak untuk menjalinkan dan mengekalkan hubungan kerjasama.

Tambah beliau lagi, latihan tersebut amat penting bagi keselamatan laluan pelayaran dan keselamatan maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China