Cari:
Masyarakat Antarabangsa Puji Peranan Li Keqiang dalam ASEM
2016-07-17 14:43:05 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan lawatan ke Mongolia dan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-11 pada 13 hingga 16 Julai yang lalu. Pakar asing memuji tinggi lawatan Li kali ini. Menurut mereka, lawatan PM Li tersebut akan menyelaraskan strategi pembangunan China dan Mongolia serta memperkasakan kesalinghubungan antara China dan Eropah.

Pakar dari Akademi Sains Mongolia berkata, pemimpin Mongolia, China dan Rusia telah mencapai perjanjian untuk membina koridor ekonomi baru-baru ini. PM Li telah menandatangani perjanjian yang berkenaan dalam rangka tersebut.

Pegawai dari kumpulan pemikir Kesatuan Eropah (EU), Shada Islam berkata, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) telah meneroka ruang yang lebih luas bagi kerjasama antara Asia dengan Eropah pada masa akan datang.

Naib Presiden Bank Kasikorn Thailand, Wichai Kinchong Choi berkata, B&R akan memainkan peranan yang penting bagi pertukaran dan pembangunan ekonomi dan kebudayaan antara Asia dengan Eropah. Inisiatif itu akan menguntungkan pelbagai negara dan mewujudkan kerjasama dan pembangunan bersama-sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China