Menteri Luar China, Wang Yi menggesa agar manipulasi politik terhadap isu Laut China Selatan dihentikan segera, ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-6 (EAS FMM Ke-6) di Laos semalam.
Wang menegaskan, keputusan kes timbang tara yang dibangkitkan secara sepihak oleh Filipina jelas membelakangi undang-undang antarabangsa. Tindakan China yang tidak menyertai dan tidak menerima keputusan timbang tara tersebut mempunyai asas undang-undang yang kukuh, dengan tujuan untuk mempertahankan kewibawaan dan integriti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) serta kedamaian dan kestabilan serantau.
Semakin banyak negara sudah menyedari niat sebenar dan kesan buruk timbang tara tersebut. Mereka menyokong pendirian China untuk menyelesaikan pertikaian melalui rundingan dan permuafakatan. Manipulasi politik di sebalik timbang tara itu akan diketahui oleh masyarakat antarabangsa kelak.