Cari:
China Bantah Kenyataan AS, Jepun, Australia tentang Isu Laut China Selatan
2016-07-27 15:06:31 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyuarakan bantahan keras terhadap kenyataan tiga pihak tentang isu Laut China Selatan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Australia, ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-6 (EAS FMM Ke-6) di Laos semalam.

Beliau berkata, mesyuarat China-ASEAN (10+1) pada 25 Julai lalu diadakan dalam suasana yang mesra dan harmoni. 11 menteri luar telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dengan komprehensif dan berkesan.

Pihak-pihak terlibat turut berjanji untuk kembali ke landasan yang betul bagi menyelesaikan pertikaian melalui permuafakatan dan rundingan. Hal ini sekali gus memperlihatkan komitmen China dan ASEAN untuk bersama-sama menjaga kestabilan Laut China Selatan.

Beliau turut meluahkan rasa kesal atas kenyataan yang dikeluarkan ketiga-tiga negara tersebut dengan niat terus mengheboh-hebohkan isu berkenaan dan menegangkan situasi serantau. China mesti memberikan respons yang sewajarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China