Cari:
Rusia Ancam Putus Hubungan dengan Ukraine
2016-08-13 17:16:10 CRI Cetak

Rusia tidak mengesampingkan kemungkinan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine.

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) di Sochi semalam.

Menurut beliau, Rusia mungkin berbuat demikian jika tiada cara lain untuk mengawal situasi, namun keputusan muktamad akan dibuat oleh Presiden Vladimir Putin.

Ketegangan antara Rusia dengan Ukraine semakin meruncing apabila Presiden Putin menuduh Kiev merancang komplot serangan pengganas di Crimea dan berikrar untuk mengambil langkah-langkah berprofil tinggi bagi menjamin keselamatan warga Rusia di negara itu, Rabu lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China