Cari:
Rusia dan Turki Setuju Pulihkan Hubungan
2016-08-10 16:02:17 CRI Cetak

Rusia dan Turki bersetuju untuk membaiki hubungan diplomatik dua hala, memulihkan pertukaran ekonomi dan perdagangan, di samping melaksanakan semula projek pembinaan talian paip gas asli.

Demikian persepakatan kedua-dua negara ketika Presiden Rusia, Vlładimir Putin menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdoğan di St Peterburg, Rusia semalam.

Hubungan Rusia dan Turki tegang sejak November tahun lalu apabila Turki menembak jatuh jet pejuang Rusia di sempadan Syria.

Menurut Putin, pertemuan tersebut sangat penting bagi memulihkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Tambah beliau lagi, Rusia akan membatalkan larangan eksport barangan Turki dan sekatan perniagaan syarikat Turki di Rusia.

Selain itu, penerbangan sewa khas dari Rusia ke Turki bakal dimulakan semula, di samping penyelesaian isu visa warga Turki.

Erdoğan pula berkata, pertemuan yang membuahkan hasil itu mengukuhkan perkembangan hubungan dua hala.

Turki dan Rusia berharap dapat mengembangkan potensi dengan sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan serantau bagi membantu kedua-dua negara untuk menghadapi pelbagai krisis pada masa hadapan.

Kedua-dua pihak telah bersepakat untuk melaksanakan semula projek tenaga Rusia-Turki antaranya termasuklah projek pembinaan talian paip gas asli dan pembinaan loji jana kuasa nuklear pertama di Turki.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China