Cari:
AS: Rundingan Obama-Xi Amat Berjaya
2016-09-07 15:24:54 CRI Cetak

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Mark Toner menyifatkan rundingan yang diadakan antara Presiden Barack Obama dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping semasa Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou sebagai rundingan yang amat berjaya.

Menurut beliau, kerajaan Obama telah menjalinkan kerjasama yang baik dengan China berhubung dengan beberapa isu seperti perubahan iklim, Semenanjung Korea dan isu nuklear Iran sejak beberapa tahun yang lalu.

Pihaknya bersedia untuk memperkasakan hubungan dengan China.

Beliau tidak menafikan wujud perselisihan pendapat dengan China dalam beberapa isu, namun AS tidak akan mengelak dan akan terus mengekalkan komunikasi dengan China.

Dilaporkan, rundingan antara kedua-dua pemimpin kali ini telah mencapai 35 konsensus dan hasil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China