Kumpulan militan Daesh membunuh sekurang-kurangnya 230 penduduk awam di Mosul minggu lalu ketika tentera Iraq melancarkan operasi menawan bandar itu kembali.
Dilaporkan, Daesh telah menahan 190 penduduk awam di Mosul sebagai tebusan lalu membunuh mereka. Selain itu, lebih 40 lagi mati ditembak kerana menolak untuk bekerjasama dengan kumpulan pengganas tersebut.
Mosul, kota kedua terbesar di Iraq, diduduki Daesh pada Jun 2014. Pada masa ini, Mosul menjadi kota terakhir yang dikuasai Daesh di Iraq. Tentera kerajaan Iraq melancarkan serangan bagi menawan semula Mosul pada 17 Oktober lalu.