Cari:
Persidangan UNFCCC Pertama Setelah Perjanjian Paris Diluluskan
2016-11-08 11:32:15 CRI Cetak

Persidangan Pihak-pihak ke-22 (COP-22) Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) dirasmikan di Marrakesh, Maghribi semalam.

Persidangan tersebut merupakan persidangan mengenai perubahan iklim PBB yang pertama kali diadakan selepas Perjanjian Paris diluluskan.

Pelbagai pihak berharap agar sidang kali ini akan melaksanakan persepakatan yang telah dicapai, di samping memberikan perhatian dan menunjukkan keazaman dalam usaha menangani perubahan iklim sejagat.

Setiausaha Sekretariat UNFCCC, Patricia Espinosa ketika berucap dalam persidangan kali ini berkata, usaha menangani perubahan iklim sejagat masih menghadapi pelbagai cabaran seperti dana dan teknologi. Persidangan kali ini merupakan peluang untuk melaksanakan Perjanjian Paris.

Wakil dari lebih 190 negara dan kawasan akan mengadakan perbincangan secara mendalam tentang pelaksanaan Perjanjian Paris dalam tempoh persidangan yang berlangsung selama 12 hari itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China