Cari:
DPRK: GSOMIA Jejas Kestabilan Serantau
2016-11-26 15:34:26 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengecam Perjanjian Maklumat Ketenteraan Untuk Keselamatan Awam (GSOMIA) yang ditandatangani antara Korea Selatan dengan Jepun sebagai tindakan permusuhan terhadap DPRK, yang bakal menjejaskan kedamaian dan kestabilan serta meruncingkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Menurut jurucakap Kementerian Luar DPRK, dengan termeterainya perjanjian tersebut, Jepun mahu menjadi kuasa tentera yang besar dan melakukan lagi pencerobohan. Manakala, Korea Selatan bertindak demikian untuk mengelakkan krisis pemerintahan.

Menurut perjanjian itu, Korea Selatan dan Jepun boleh berkongsi secara langsung maklumat risikan tentang senjata nuklear dan peluru berpandu DPRK tanpa perlu melalui Amerika Syarikat (AS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China