Cari:
Kebakaran Hutan di Israel Terkawal
2016-11-27 16:23:52 CRI Cetak

Israel semalam berjaya mengawal kebakaran di Haifa, bandar ketiga terbesar negara itu yang menyebabkan puluhan ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih bertarung untuk memadamkan lebih 12 kebakaran lain di seluruh negara, termasuk di petempatan Yahudi di Tebing Barat Sungai Jordan dan kawasan pergunungan sekitar Baitulmuqqadis.

Pihak polis telah menahan 23 orang suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menerusi telefon untuk mengucapkan terima kasih kerana mengerahkan pasukan bomba untuk membantu memadamkan kebakaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China