Tentera kerajaan Syria malam tadi mengumumkan kejayaan menawan semula keseluruhan Aleppo selepas semua pemberontak berundur dari bandar itu.
Menurut kenyataan markas tentera kerajaan, kemenangan itu menjadi titik peralihan penting bagi perang antikeganasan di Syria, sekali gus meletakkan asas bagi membanteras kesemua kumpulan pengganas di negara itu.