Cari:
Kerajaan Syria Digesa Henti Serang Aleppo
2016-12-11 15:39:12 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault dan rakan sejawatnya dari Jerman, Frank-Walter Steinmeier dalam sidang media yang diadakan di Paris semalam menggesa pihak berkuasa Syria menghentikan serangan terhadap Aleppo dan memulihkan rundingan dengan puak pemberontak.

Menurut Kerry, kejayaan tentera kerajaan Syria menduduki Aleppo tidak membantu mengakhiri perang saudara di negara tersebut. Ayrault dan Steinmeier pula menggesa kerajaan Syria dan Rusia menjamin keselamatan penduduk awam dan mengelak berlakunya bencana kemanusiaan.

Kementerian Luar Syria kelmarin mengumumkan, pihaknya bersedia menyertai rundingan damai yang disambungkan semula tanpa prasyarat, tiada sebarang campur tangan luar dan ditentukan oleh rakyat Syria sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China