Cari:
FBI Beri Amaran Kemungkinan Serangan IS
2016-12-24 16:10:04 CRI Cetak

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat memberi amaran kepada penguat kuasa tempatan pada Jumaat supaya berhati-hati dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menggesa penyokong mereka melakukan serangan ketika orang ramai berkumpul pada musim perayaan di Amerika Syarikat, termasuk di gereja.

Menurut laporan media tempatan, peringatan itu dikeluarkan dalam buletin kepada penguat kuasa undang-undang tempatan, bagaimana mengakui tiada ancaman tertentu dan kukuh diterima.

Notis tersebut dikeluarkan berikutan kebimbangan selepas senarai gereja di Amerika disiarkan di laman web kumpulan pro-IS.

Menjelang sambutan Hari Krismas dan tahun baharu, banyak negara telah memperketat kawalan keselamatan dan langkah berjaga-jaga untuk mencegah serangan keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China