Cari:
WHO Harap Perkasakan Kerjasama dengan China
2017-01-17 16:18:13 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Switzerland dan menghadiri Forum Ekonomi Dunia 2017 serta mengunjungi pertubuhan antarabangsa di negara itu bermula kelmarin.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan semalam amat memuji pembaharuan China dalam bidang perubatan.

Beliau berharap dapat mengadakan kerjasama dengan China dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) serta berkongsi pengalaman dalam bidang perubatan.

Menurut Margaret, terdapat sebahagian besar negara sedang menghadapi cabaran dalam penjagaan kesihatan pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak tahun 2009, China telah menyediakan peruntukan yang besar dalam usaha membaharui sistem perubatan.

Usaha tersebut sesuai dengan kepentingan rakyat China dalam jangka masa panjang.

Presiden Xi akan mengunjungi ibu pejabat WHO dalam sesi lawatan ke Switzerland kali ini.

Beliau turut menjadi Presiden China yang pertama melawat ke pertubuhan antarabangsa tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China