Cari:
Korea Selatan, AS, Jepun Adakan Latihan Bersama
2017-01-21 15:58:14 CRI Cetak

Korea Selatan, AS dan Jepun mengadakan latihan amaran awal bagi menghadapi pelancaran peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), di kawasan perairan masing-masing bermula semalam hingga esok.

Ini merupakan latihan kali ketiga dengan tujuan itu sesudah Jun dan November tahun lepas.

Sehubungan dengan itu, akhbar Rodong Simun DPRK semalam menyiarkan rencana pengarang yang berbunyi, pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) untuk menghadapi ancaman perang nuklear AS adalah tindakan wajar demi membela diri. DPRK bersedia melancarkan ICBM pada bila-bila masa di mana-mana lokasi yang ditetapkan pemimpin tertinggi, Kim Jong-un.

Korea Selatan, AS dan Jepun berpendapat bahawa DPRK berkemungkinan melancarkan ICBM pada hari sama Donald Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden. Ketiga-tiga negara tersebut turut meningkatkan pengawasan terhadap DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China