Cari:
Israel akan Batal Sekatan Bina Penempatan Yahudi di Timur Baitulmuqaddis
2017-01-23 15:59:18 CRI Cetak

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata, pihaknya akan membatalkan sekatan pembinaan penempatan Yahudi di timur Baitulmuqaddis.

Jabatan Presiden Palestin segera mengeluarkan kenyataan yang mengutuk tindakan Israel tersebut, di samping menggesa masyarakat antarabangsa agar terus memberikan tekanan kepada Israel dengan segera melaksanakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang pembinaan penempatan haram Yahudi.

Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan resolusi berkenaan pada 23 Disember tahun lalu.

Menurut resolusi itu, tindakan Israel membina penempatan Yahudi di wilayah Palestin telah membelakangi undang-undang antarabangsa.

Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah beberapa kali membantah pembinaan Israel tersebut.

Pegawai kerajaan Palestin, Ahmed Majdalani

berkata, tindakan Israel kali ini bertujuan untuk mendapatkan kepastian mengenai pendirian kerajaan baharu AS dalam isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China