Mesyuarat untuk mengurangkan beban pentadbiran maharaja Jepun, yang bertanggungjawab untuk membuat penyelidikan tentang isu turun takhta Maharaja Akihito, telah mengeluarkan laporan berkenaan semalam.
Menurut media Jepun, laporan itu menyokong penggubalan undang-undang khas yang boleh digunakan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan Jepun itu bertujuan untuk membolehkan masyarakat mencapai kata sepakat tentang penurunan takhta baginda.
Laporan yang dikeluarkan semalam turut mengeluarkan pandangan, sama ada hanya menggubal undang-undang khas untuk Maharaja Akihito atau menetapkan satu sistem turun takhta yang kekal.
Walau bagaimanapun, laporan itu tidak memberikan keputusan yang jelas.








