Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov semalam berkata, pihaknya menyanjung tinggi rundingan antara pemimpin Rusia dengan Amerika Syarikat (AS) melalui telefon baru-baru ini.
Presiden Vladimir Putin berharap agar pertemuan secara bersemuka dengan presiden baharu AS, Donald Trump dapat diadakan dengan segera.
Menurut beliau, rundingan melalui telefon kali ini amat bermakna dan membuahkan hasil.
Kedua-dua pemimpin menunjukkan kesediaan untuk menyelesaikan masalah dan menegaskan peri pentingnya saling menghormati dalam hubungan bilateral.
Kedua-dua pemimpin perlu mengadakan pertemuan empat mata bagi memastikan semua isu dapat dibincangkan dengan lebih terperinci.
Pihak berkuasa kedua-dua negara perlu menetapkan dengan secepat mungkin tempat dan masa rundingan tersebut.