Cari:
Polis Kanada Dakwa Suspek Serangan di Québec
2017-02-01 13:03:00 CRI Cetak

Pihak polis Kanada petang kelmarin mendakwa suspek yang terlibat dalam serangan terhadap Pusat Budaya Islam di Québec pada malam 29 Januari yang lalu. Suspek itu dituduh melakukan enam jenayah membunuh dengan niat peringkat A dan lima jenayah percubaan membunuh.

Menurut polis, Alexander Bissonnette yang berusia 27 tahun merupakan satu-satunya suspek yang terlibat dalam serangan kali ini. Beliau menyerbu Pusat Budaya Islam dan menggunakan senapang AK-47 untuk menembak orang awam. Enam orang mati dan 18 orang cedera, antaranya tiga orang cedera parah akibat tragedi tersebut.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menetapkan tragedi itu sebagai serangan keganasan terhadap Muslim. Parlimen di pelbagai negeri dan pelbagai parti turut mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk serangan ganas dan menyampaikan dukacita kepada mangsa yang terkorban.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China