Cari:
China Penting bagi Pembinaan Dunia yang Lebih Baik
2017-02-01 13:04:13 CRI Cetak

Ketua Pengarah Ibu Pejabat PBB di Geneva, Michael Moller ketika diwawancara Agensi Berita Xinhua baru-baru ini berkata, sebagai kuasa yang kuat dan penting, China berperanan penting bagi pembinaan dunia yang lebih baik.

Menurutnya, dunia menghadapi pelbagai cabaran dan masalah seperti perubahan iklim, pelarian, sumber tenaga, bekalan air minum, kesihatan dan krisis kewangan pada masa ini. Dengan keadaan demikian, ucapan yang diberikan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia dan di ibu pejabat PBB di Geneva amat dialu-alukan oleh masyarakat antarabangsa.

Moller berkata, kedua-dua ucapan itu menunjukkan dengan jelas kecenderungan pelaksanaan dasar kerajaan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China