Polis Perancis semalam menahan tiga suspek yang merancang untuk melancarkan serangan keganasan di kawasan luar bandar Paris, Clermont-Ferrand dan Marseille.
Ini merupakan kali ke-4 polis Perancis berjaya mematahkan cubaan serangan keganasan pada bulan ini.
Tiga suspek tersebut dilaporkan berkomunikasi melalui media sosial.
Mereka menjadi sasaran pengintipan oleh agensi perisikan Perancis kerana menyatakan niat untuk melakukan serangan keganasan pada musim gugur tahun lalu.
Baru-baru ini, polis mengesan ketiga-tiga suspek itu sedang membuat rancangan serangan dan berjaya menahan mereka. Polis turut merampas beberapa pistol dan sebuah bom tangan dalam operasi.
Pada 14 Februari lalu, polis Perancis menangkap seorang mahasiswa yang cuba melakukan serangan ganas di kawasan luar bandar Lille, utara Perancis. Pada 10 Februari lalu, empat suspek pengganas ditahan di Montpellier, selatan Perancis. Pada 3 Februari lalu, seorang lelaki warga Mesir cedera ditembak kerana disyaki menyerang pengawal tentera di Muzium Louvre.