Cari:
Pegawai AS: Tiba Masa Selesaikan Isu Semenanjung Korea
2017-04-17 14:51:25 CRI Cetak

Penasihat Keselamatan Negara AS, Leftenan Jeneral Herbert Raymond McMaster semalam berkata, pihaknya tetap mempunyai "semua pilihan" untuk menyelesaikan isu Semenanjung Korea.

Tambah beliau lagi, sekarang sudah tiba masanya untuk menggunakan semua penyelesaian damai kecuali secara kekerasan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Beliau mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) baru-baru ini yang telah menjejaskan kestabilan.

Pentagon, Jabatan Negara serta agensi-agensi AS yang berkenaan telah diarah untuk memberikan pilihan kepada Presiden Trump bagi menyelesaikan isu tersebut pada saat-saat diperlukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China