Cari:
Dialog Politik Peringkat Tinggi China-Jepun
2017-05-30 14:28:01 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Ketua Pengarah Jabatan Jaminan Keselamatan Negara Jepun, Yachi Shotaro bersama-sama mempengerusikan dialog politik peringkat tinggi China-Jepun ke-4 di Tokyo semalam.

Yang berkata, kepercayaan politik merupakan jaminan asas bagi perkembangan hubungan negara ke arah yang sihat dan mantap. China tetap mementingkan hubungan dengan Jepun yang diharap bertindak dengan berhati-hati tentang isu Laut China Selatan serta memainkan peranan yang bersifat membina untuk negara dan kawasan yang berkenaan menangani masalah yang berkaitan.

Tambah Yang, China mengalu-alukan Jepun bekerjasama dengan China dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R). Kedua-dua negara perlu meningkatkan pertukaran dalam pelbagai bidang termasuk pertukaran kebudayaan dan pertukaran belia bagi meningkatkan persefahaman di kalangan rakyat.

Yachi Shotaro pula berkata, sebagai dua negara utama di Asia, kerjasama antara Jepun dan China amat penting bagi rantau ini. Pendirian Jepun tentang isu Taiwan dan isu sejarah tidak berubah. Pihaknya komited memperbaiki hubungan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China