Cari:
MAKS ke-13 Dirasmikan
2017-07-19 15:36:00 CRI Cetak

Pameran Penerbangan dan Angkasa Lepas Antarabangsa Moscow (MAKS) ke-13 dirasmikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky semalam.

Lebih 790 syarikat dari 26 negara dan wilayah hadir untuk mempamerkan produk terbaharu hasil penyelidikan dan pembangunan masing-masing.

Perbadanan Sains dan Industri Aeroangkasa China (CASIC) telah mempamerkan kelengkapan pertahanan dalam lima bidang iaitu pertahanan udara, pertahanan laut, pertempuran di darat, pesawat tanpa juruterbang (UAV) dan sistem maklumat elektronik.

Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika merasmikan pameran kali ini berkata, MAKS telah menjadi wadah antarabangsa yang terkenal, yang membantu menggalakkan perkembangan industri berkenaan. Rusia amat mengalu-alukan kerjasama yang menang-menang dengan rakan-rakan dari negara asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China