Cari:
EU Lanjutkan Sekatan Atas Rusia
2017-06-29 15:22:50 CRI Cetak

Ekoran pelaksanaan Perjanjian Minsk yang kurang memuaskan, Majlis Kesatuan Eropah (EU) semalam memutuskan untuk melanjutkan tempoh sekatan ekonomi ke atas Rusia selama enam bulan sehingga 31 Januari tahun depan.

Sekatan tersebut melibatkan sektor kewangan, tenaga, pertahanan, serta barangan untuk kegunaan ketenteraan dan awam.

EU mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia bermula Julai 2014 dengan alasan "negara itu membuat ketidaktenteraman di timur Ukraine". Sekatan itu kemudian telah diperluas dan beberapa kali dilanjutkan. Sebagai balasan, Rusia pula melaksanakan sekatan terhadap EU termasuk menyekat import hasil pertanian dari EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China